Sastera...satu-satunya subjek yang tak akan diajar utk budak engine....
Salam bertemu lagi dalam ruangan ini...
Satu-satunya perkara yang tidak boleh diketepikan dalam perjalanan kehidupan ini adalah beri dan ambil(give and take)....hidup ini adalah berkisar antara beri dan ambil...ada masa kita memberi dan adakalanya kita akan mengambil.....dan apa yang kita bagi..insyaALlah kita akan dapat balik.Pemberian yang paling baik adalah pemberian yang ikhlas tanpa balasan...
Kita jangan rasa bila satu2 hak kita diambil atau dirampas,kita adalah seorang yang loser.Tiada siapa yang dilahirkan untuk menjadi seorang yang loser.seorang yang loser hanyalah mereka yang duduk diam apabila kegagalan menimpa kita. Tidak segala yang kita sayang akan menjadi milik kita selamanya.Maka kita kena belajar utk jadi seorang yang tidak menyusahkan kehidupan kita.Satu-satu perkara yang hilang dari kita eg kekasih,harta kesayangan, pangkat dan lain2 adalah satu ujian untuk kita jadi lebih tabah dan cekal.Tiada erti sekiranya kita menangisi semuanya itu.Biarlah ia berlalu...mulakan yang baru!
Kemanisan sesuatu kejayaan tidak diukur dengan sejauh mana seseorang itu dapat memiliki apa yang diimpikannya,tetapi ia diukur dari sejauh mana seseorang itu bersusah payah untuk mendapatkkannya.Seorang pelari yang bertanding tidak akan dikira sebagai pemenang selagi dia tidak mencecah garisan penamat.Begitu juga seorang pelari yang pada asalnya mendahului di tempat pertama,tetapi tersungkur di penghujung lariannya ;tetap tidak akan dikira sebagai pemenang.Kita tidak perlu berbangga terhadap pencapaian kita yang hanya dicapai sekali dua atau berapa banyak sekalipun tanpa ada peningkatan atau pembaikan,dan kita juga tidak harus berbangga dengan dua atau tiga kali kejayaan kita yang kita kecapi dengan teknik dan cara yang sama.....Selagi kita di takuk lama maka kita akan terus ketinggalan.Jika dahulu kita memenangi satu2 pertandingan lumba lari dgn kepantasan 10 saat,akan tiba satu masa kita akan dipintas...jika tidak dipintas sekalipun,pasti akan ada orang yang mempunyai catatan masa yang lebih baik.
![]()
Kelemahan bukanlah petanda kepada kegagalan.Tetapi jika kelemahan ini jika dibaiki dan diperelokkan maka ia akan menjadi satu kekuatan yang kita terduga. Lihat sahaja orang2 yang berjaya didunia ini.Tidak perlu pergi jauh.Lihat sahaja Umar al-Khatab r.a.Beliau asalnya adalah seorang yang pemarah,ganas dan tidak berperikemanusiaan.Tetapi setelah kelemahan itu dibaiki dengan kemasukkannya kepada Islam,maka beliau berubah menjadi yang terbaik.
Kita manusia lemah.Kita manusia suka bermusuhan. Kita manusia tidak suka orang lain mengecilkan peribadi dan hal diri kita.Seratus orang tidak akan dapat mengubah perangai kita kalau kita sendiri tak mahu berubah.Kita selalu rasa tak cukup dengan apa yang ada. Kerakusan kita mencari kejayaan, menyebabkan kita lupa akan kemanisan kejayaan tersebut.Wang dan kemasyhuran tidak boleh membeli kepuasan.
Semaikan dalam jiwa, semangat juang yang tinggi.Carilah makna kehidupan.Tiada jalan mudah untuk mencapai ke puncak.
ceritasaya | kawan2 | memoir | sastera | journey | guestbook